1202922 – NUR AFIQAH BINTI JASMIN

the best way of HUFFAZ

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Amru Bin Al Ash r.a. dari Nabi, beliau bersabda: “Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah bersabda: “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.: “Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”
Al-Quran sentiasa di Hati

Banyakkan bergantung pada
Allah dengan berdoa kerana Dia
lah yang memberi kemudahan
menghafaznya.

Jadikan al-Quran sebagai wirid
harian, di mana jangan
membaca kurang sejuzuk sehari.

Sentiasa mengamalkan zikir
pada waktu pagi, petang &
ketika mahu tidur. Semoga Allah
memelihara dari tipu daya
syaitan.

Jangan leka atau meninggalkan
mana-mana majlis ulama
khususnya berkaitan al-Quran
kecuali kerana uzur.

“Bahawa sesungguhnya mereka di kalangan manusia sebagai ahlullah, Sesungguhnya Tuhan kami dengan mereka pasti berbangga, Dia berfirman tentang mereka dalam al-Quran dan memadai, Bahawa sesungguhnya Dia mewariskannya siapa yang terpilih ”
Imam ibn Al-Jazari
Hadis Nabi SAW : "Belajarlah al-Quran kerana sesungguhnya mengambilnya adalah keberkatan. Sedangkan Meninggalkannya adalah kerugian dan orang yang malas serta lemah semangat tidak mampu melaksanakannya."
Rasullullah SAW