1201714- Muhammad Zuhair Ammar Bin Omar.

Tips dalam menuntut ilmu.

Hormat Guru

Sentiasa beradab dengan guru dan jangan sombong dengannya .Keberkatan seorang guru perlu di utamakan dalam pembelajaran walaupun apa yang diajarnya telah kita pelajari.

Bertanya Soalan

Janganlah berasa segan untuk bertanya jika tidak faham ketika guru mengajar. Fakta membuktikan bahawa memberi tumpuan di dalam sesi pembelajaran serta bertanya jika tidak faham secara langsung dapat meningkatkan kefahaman pelajar sebanyak 70% . Dan selebihnya melalui latihan.

Revisi Subjek

Selesai sesi pembelajaran, digalakkan untuk melakukan revisi secara berkala. Hal ini dapat menambahkan kecekapan dan menguatkan kefahaman dalam subjek tersebut secara efisyen.

Persiapan Diri Menghadapi Peperiksaan

Memastikan tahap kefahaman mengenai subjek-subjek yang di pelajari di kuasai.

Menguruskan masa di antara revisi dan rehat dengan cekap supaya kesihatan badan terjaga. 

Mengajarkan rakan-rakan yang tidak faham dan berkongsi ilmu yang kita ada sebagai persiapan kendiri. 

Menjauhkan diri dari perbuatan negatif dan sentiasa yakin akan kemampuan diri .

Islam sebagai agama yang sempurna tidak menghalang umatnya untuk menuntut ilmu. 

Apapun ilmu yang kita dalami, janganlah kita lupa bahawa tujuan asal menuntut ilmu adalah kerana mencari keredhaan Allah SWT. dan bukan hanya mencari habuan keuntungan di dunia. 

“Zuhair Ammar”